Catatan

Madah

  *1041* Kalau kematian tidak dapat mengajar manusia,  tidak ada jalan lain lagi yang boleh mengajar manusia. Kerana kematian itu hebat dan menggerunkan. Tidak ada kejadian lain segerun kematian.  *1042* Janganlah lahir kita nampak cantik dan bersih tapi di dalam diri kita penuh dengan najis dan bangkai-bangkai mazmumah. Macamlah tanah perkuburan, di atasnya cantik dengan binaan dan dihias dengan bunga-bunga tanaman. Setengah orang memasang lampu untuk mengindahkannya. Tapi di dalamnya mengandungi bangkai-bangkai yang busuk.  *1043* Pembangunan insaniah manusia sehingga dapat melahirkan hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa, ini memerlukan kesedaran, kefahaman, keyakinan, penghayatan, latihan istiqamah, guru yang bertaqwa dan doa.  *1044* Bersihkanlah badan daripada kekotoran, daripada najis, daripada hadas dan daripada dosa. Bersihkanlah akal daripada ilmu yang tidak berguna dan ilmu yang salah faktanya. Dan bersihkanlah jiwa (hati) daripada syirik dan mazmumah...

Sajak Mursyid

  Cintai Manusia Kerana Cintakan Tuhan* Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita yang ada hubungan cinta dengan Tuhan. Kasih sayang begini adalah murni. Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat hingga sampai mati. Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan. Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan atau di antara sesama manusia kekal abadi dan murni. Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal, hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal. Kasih sayang yang begini ia adalah sejati, sampai ke mati. Kasih sayang yang tidak diikat dengan kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu. Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati sekalipun suami isteri. Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa, indahnya tiada. Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan. Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia kekal abadi dan murni. Cintakan Tuhanlah pengikat kasih sayang hingga berpanjangan. Susah hendak di...

Doa qunut

  "Wahai Allah berilah petunjuk kepada kami sepertimana orang yang diberi petunjuk.  Dan berilah kesihatan kepadakami sepertimana orang- orang yang Engkau sihatkan.  Dan pimpinlah aku sepertimana orang yang telah Engkau pimpin.  Dan berkatilah kami pada setiap yang telah Engkau berikan.  Dan peliharalah kami dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau tetapkan Sesungguhnya Engkau yang menentukan dan bukannya Engkau yang ditentukan.  Bahawasanya tidak akan dihina orang yang telah Engkau pimpin.  Dan tidak mulia orang yang telah Engkau musuhj. Engkaulah empunya berkat wahai Tuhan kami, dan Maha Tinggi Engkau.  Maka bagi-Mu pujian di atas apa yang telah Engkau tentukan.  Dan kami minta ampun kepada Engkau dan kami bertaubat kepada Engkau.  Dan sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy dan  keluarga dan sahabatnya dengan keberkatan dan keselamatan"